-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Nov-2007 11:21 Email | Share | | Bookmark
::Tahniah Fatin




Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana Fatin Syahirah telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nya. Walau pada mulanya, agak membimbangkan kerana prestasi yang agak turun naik, namun berkat doa kami, saudara mara, cikgu-cikgu SKPG1 yg cukup prihatin dan rakan-rakan serta doanya sendiri yang tak jemu membuat solat hajat, keputusan memihak kepada nya.

Pencapaian ini amat membanggakan kami sekeluarga. Malah bagi semua 27 lagi murid & keluarga SKPG1 serta cikgu-cikgu yg bersusah payah sejak dari tahun lepas, mereka memang seharusnya berbangga dan bersyukur dgn pencapaian 5A anak-anak mereka.
Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka selama ini.
Tahniah wahai anak ku

Semoga Fatin akan terus maju jaya dan akan lebih matang dlm menghadapi cabaran seterusnya. Insyallah kami akan terus berada di belakang mu wahai anak ku, membimbing dan membesarkan hingga nafas terakhir. Syukur dan


Saturday, 3-Nov-2007 15:42 Email | Share | | Bookmark
:: Selamat Pengantin Baru



Petang tadi, sorang lagi sepupu aku menamatkan zaman bujangnya dgn seorang gadis perak. Alhamdulilah majlis yg meriah dgn irigan muzik ghazal sepanjang hari, selamat dan sempurna perjalananya.

Tahniah buat Boy @ Azriq & Alice yang telah bersatu hati utk hidup bersama. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat dan direstui perjalanannya. Selalulah saling sayang menyayangi dan hormat menghormati antara sesama kamu.
Semoga kebahagian sentiasa disisi anda berdua.

Selamat Pengantin Baru!!!



Monday, 8-Oct-2007 16:00 Email | Share | | Bookmark
Di Penghujung Ramadhan...



Lama saya tak update fotopages nih. Maaf lah, tak berkesempatan rasanya.
Malam nih saya gagahi jua untuk mencoret, kerana terasa rindu untuk menulis kembali.
Jemari ku rasa very eichi la....

Ramadhan kan melabuhkan tirai tak lama lagi. Ade yg bergumbira dan ade yg bersedih.
Masing-masing ade tafsiran mereka sendiri. Tapi bukan itu yg saya nak coretkan kat sini. Tapi, saat di penghujung ramadhan nih la kita melihat bermacam-macam disekeliling kita. Masjid makin kurang makmum, kedai kereta busy aje ngan pelanggan, shopping compleks tutup lebih masa, kedai jual cat, kena simpan stock lebih, ATM ramai orang dari biasa, Kuih raya sudah bertukar tangan dan macam-macam lagi.
Agaknya, ini lah di namakan kehidupan...

Tapi yg paling orang suka, semenjak puasa ke 15, lagu raya sudah mula berkumandang.
Bukan ape, lagu-lagu raya nih hanya setahun sekali pilihan. Dan tentu sahaja ade lagu-lagu lama yang menjadi kegemaran serta penuh nostalgia buat kita. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak beraya sakan...seronok nye!




Wednesday, 12-Sep-2007 13:51 Email | Share | | Bookmark
:: Ramadhan tiba lagi...

Alhamdulilah, setahun sudah berlalu.
Kini ramadhan al mubarak, kembali membawa seribu harapan.
Membawa kemanisan Islam
Memberi peluang serta kesempatan menguatkan iktikad dan keazaman.
Menjadi muslim sejati dan menguatkan keimanan dihati.

Bersyukurlah wahai umat islam kerana bisa bertemu lagi.
Kerana ramadhan ini belum tentu di janji untuk seterusnya.
Semoga umat islam di seluruh dunia amnya dan khususnya di malaysia,
akan beroleh kemenangan, kemulian dan kekuatan ukwah sesama kita
dalam menempuh dugaan yg silih berganti.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YG MULIA
BUAT TEMAN-TEMAN FOTOPAGES
DAN MOHON MAAF DI BULAN MULIA INI
JIKA ADA TERKASAR BAHASA DALAM TULISAN SAYA.
SEMOGA ANDA SEMUA DIKURNIA RAHMAT BERPANJANGAN!
AMIN YAA RABBAL ALAMIN!




Thursday, 6-Sep-2007 13:19 Email | Share | | Bookmark
:: O R C H I D

mazrul.fotopages.com
Aku tak tahu orkid jenis ape, tapi nih adalah salah satu photo orkid yang aku amik masa pertandingan orkid antarabangsa kat danga bay tak lama dulu.
saja nak mengisi masa yg terluang nih...




[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net