-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Apr-2006 16:04 Email | Share | | Bookmark
:: Hitam Putih

Melemparkan jaring
membawa jaring ketepi
Meneliti hasil yg ade
View all 10 photos...
Salam bahagia...

Jarang sekali aku melakar gambar dengan hitam dan putih. Tak tahu kenapa...mungkin adakah ianya mengambarkan sesuatu keadaan yg agak sempit. Tiada pilihan, tiada kecerian dan tiada jalan keluar selain dari hitam dan putih. Adakah ianya bermakna ianya belum benar-benar tertanam dlm benak hati ku. Ianya belum benar-benar menyentuh perasaan ku? Atau hanya masa yg menentukan.


Namun, di satu petang tak kala aku berehat keseorangan, peti suara televisyen yg tak aku pedulikan sangat dari tadi kerana leka mengelidah dada akhbar kosmo!, berkumandang lagu WAJAH, oleh Jaclyn Victor membuat ku menoleh. Tetiba sahaja, hati aku terusik, melihat wajah-wajah sugul seakan-akan berlari bersama bait-bait yg ditulis oleh habsah hassan. Aduh kenap nih...bukan baru kali pertama aku mendengar lagu ini, sudah berkali, tetapi kenapa kali ini berlainan rasanye...


Lokasi: Sekitar Stulang laut Waktu: 11.00pagi

Hanya mampu ku panjatkan disetiap doa ku, agar umat islam yg sedang mengalami kesusahan dan kesengsaraan di Malaysia mahupun diluar negara, akan kembali hidup dengan gembira dan dilapangkan dada mereka dari kegelisahan hati mereka. Buat yg telah menderma dan membantu, moga Allah S.W.T akan meletakan mereka dlm golongan yg berbahagia di akhirat. Biar hitam sesuatu kehidupan, biar putih sesuatu harapan, jangan lah kau beralah sama sekali. Kerana pasti ade jua sinar kebahagian, walaupun seketika!
Lirik lagu wajah buat mereka yg telah membantu sebagai satu penghargaan!


Wajah

Penyanyi: Jaclyn Victor
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku


Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur


Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira



Saturday, 1-Apr-2006 08:13 Email | Share | | Bookmark
:: Kepuasan

Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
View all 5 photos...
Semenjak menguna kamera FZ30 nih, banyak jugak aku cuba skodeng gambo burong yg rata-rata nye sukar utk didekati kecuali dari jauh. Mengunakan sepenuh kebolehan FZ30 nih, aku sering berusaha utk mendapat shot yg terbaik walaupun tahu kemampuan kamera ini sudah tentu tidak bisa menandingi kebolehan kamera DSLR yg mahal.
Namun usaha mencari shot yg baik diteruskan. Boleh lah dikatakan banyak yg menghampakan dari yg menjadi. Adat resam hidup memang begitu. Tak semestinya kita mendapat ape yg terbaik walaupun keseluruhan perhatian telah kita juruskan kepadanya.



Berbalik kepada burong tadi, setelah bebrapa kali mencuba, dapat juga aku shot burong merak yg pada aku, merupakan antara burong yg paling cantik di dunia kerana ekor dan kepalanye. Gambar ini memang mencabar kebolehan aku kerana shot yg diambil ditepi pagar kandang Merak yg mempunyai dua jaring (satu halus dan satu kasar) dan dlm keredupan cuaca dibawah pokok. Di tambah dgn filter polirizer dan uv yg sepatutnya ditanggalkan, kerana menyebabkan lebih banyak cahaya ditapis, aku juga terpaksa panning sedikit kerana merak yg ashik bergerak. Walaupun hasilnye bukan jauh dari membanggakan, namun pada aku yg masih belajar mengenal photography...ianya satu kepuasan.

Sebarang komen tentang gambar nih amat dihargai...TQ


Saturday, 25-Mar-2006 18:02 Email | Share | | Bookmark
:: Tak di sangka-sangka

Burong layang-layang
Kasut dan mentol
Kekadang...kita tak tahu ape yg akan muncul dihadapan kita. Kekadang kita tak tahu ape situasi yg mungkin belaku depan kita. Kekadang jugak kita tak tahu untung nasib pada saat waktu itu. Namun ketentuan itu adalah qadaq dan qadar buat mereka yg beragama islam. Ketentuan itu akan datang tanpa perlu dipanggil. Andai ditunjukan maka terima lah seredha-redhanye. Anggaplah beruntungnye kita, walaupun ianya belum tentu memberi kebaikan kepada kita. Setidak-tidaknye, kita telah ditunjukan tanpa disangka-sangka. Beringatlah yg diatas sana ade yg senangtiasa memerhatikan kita...amin.



Gambo burong nih diambil dekat jambatan permas jaya. Burong nih dgn tak disangka-sangka hinggap dihadapan saya spt mahu dipotretkan. Sementara itu, kasut tu saya rakamkan berhampiran kawasan Zone bebas stulang laut. Kenapa kasut tu kat atas sana, hanya Allah yg tahu ape yg berlaku...tak disangka-sangka


Friday, 24-Mar-2006 01:40 Email | Share | | Bookmark
:: JOHOR AUTOSHOW CHALLENGE 2006 - Dashboard Show

Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
View all 16 photos...
Rasanye nih post yg terakhir meliputi JAC2006. Boring pulak ashik entry motoshow yg tak seberapa nih. Sebenarnye banyak gambar yg diamik tapi malas nak upload. Upload mana yg perlu aje. Lagi pun gambo yg ade bukan la baguih sangat...gambo dari kamera pakai buang cap ayam..paham aje lah!
Tahu tak pe...



Anyway...nak amik kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada geng-geng FMJC kerana memberi kesempatan dan memberi tunjuk ajar semasa membidik di Autoshow nih. Mereka-mereka semua antara mereka-mereka yg happening kerana minat yg mendalam dlm bidang photograhphy.



Kredit goes to Didiz http://rushdi.fotopages.com and Ayares http://ayares151.fotopages.com utk event ini. Harap-harap ade event yg happening lagi utk dicover. Hidup FMJC...lebih sojuk dari biasa..che wah!






Wednesday, 22-Mar-2006 01:33 Email | Share | | Bookmark
:: JOHOR AUTOSHOW CHALLENGE 2006 - Promoter Gurl

Johor Autoshow 2006
Johor Autoshow 2006
Johor Autoshow 2006
View all 9 photos...
Seperti biasa, bila ade event melibatkan big boy toys, ade aje gurl yg menjadi promoter utk melariskan jualan. Kebanyakan shot nih amik dari jauh maka mereka menunjukan expresi yg sempoi dan tidak ngada-ngada mcm nak amik gambo dari depan. Ini bagi tujuan mengekalkan expresi muka mereka.



Lain dari itu, tak leh nak komen. Sisipkan juga gambo amoi dan awek macha yg menyertai auto show itu. enjoy


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net