Want your
own Fotopage?

















 
-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Aku Hanya Mahu Ke Seberang

mazrul.fotopages.com
mazrul.fotopages.com
mazrul.fotopages.com
Aku Hanya Mahu Ke Seberang

Satu nukilan oleh Prof Dr Hashim Yaacob. Sajak buat insan remaja yang beralih ke dunia remaja yang penuh ombak. Menarik sajak ni, satu penghargaan buat Dr. Hashim.



Aku Hanya Mahu Ke Seberang

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan Sri di kamar waja.
Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,
meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.
Perahuku kecil, lautnya ganas.
Tenanglah laut, kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.
Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


Pengarang : Prof Dr Hashim Yaacob

Memang menarik sajak ni...satu perjalanan yang tidak mudah...dan andai tiada haluan yang tetap, maka sebagaimana kapal, ianya juga akan karam...beautiful... Mon 17-Jan-2005 14:11
Posted by:Jeff a.k.a Ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
gamba yg sungguh hening disokong oleh sajak yg bes. Wed 19-Jan-2005 05:56
Posted by:zzoux zzoux@yahoo.com  - [Link]
tenang sgt gambar ni.... Wed 19-Jan-2005 07:13
Posted by:marsha  - [Link]
Add comment


Friday, 31-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Suka dan Duka

Tiup jangan tak tiup
Tiga generasi
pelan-pelan bawak tu
View all 15 photos...
Tarikh 26 disember 2004, mungkin membawa erti berbeza pada sesiap pun jua. Ada yg menghadapi saat gembira melangsungkan perkahwinan, ada yang bertunang, ada yang menyambut hari lahir dan ada yang bersantai bersama-sama keluarga di hujung minggu.
Termasuklah aku dan keluarga bersantai di pantai Kuala Linggi, Melaka. Macam tak percaya yang saat anak-anak aku berendam di pantai Melaka, ramai yang sedang bertarung nyawa ni Penang, Kedah dan Langkawi. Tak sanggup aku bayangkan kalau kejadian itu berlaku di selat melaka.



Namun tarikh keramat tersebut kini menjadi sejarah hitam Asia, bila si ‘TSUNAMI’ meratah lebih 120 ribu nyawa dgn kuasa ombaknya. Memilukan dan tragis sekali. Yg bernasib baik, seakan mahu bangun dari mimpi buruk itu dan mengharapkan segala nya kembali normal, tanpa kehilangan nyawa ahli keluarga, harta benda dan juga kekuatan untuk terus hidup. Tiada apa yg dapat di lakukan kerana ianya kuasa Ilahi. Tak de siapa nak minta di timpa bencana.

Namun Al-Quran pernah menyebut, bahwa kita akan sentiasa di duga. Masa ini lah kita menghulur membantu dari segi wang ringgit, harta benda dan juga semangat buat mereka yg masih hidup. Mimpi ngeri ini akan terus menghantui hidup mereka selama meraka masih terasa kehilangan mereka yg tersayang. Sekalung penghargaan buat Pak Lah kerana membatalkan sambutan tahun baru yg sememang nya bukan budaya kita. Tapi ada juga syarikat yg berdegil dan mementingkan keuntungan. Hendaknya biarlah mereka-mereka ini yg mengalami penderitaan ini agar mereka sedar segala ini amat memilukan.

Doa kami sekeluarga, moga ALLAH mencucuri rahmat dan kesejahteraan buat mereka yang pergi di Malaysia dan juga saudara di ACEH. Amin….

>>> SELAMAT TAHUN BARU 2005 <<<

Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...
Salam tahun baru untuk anda sekeluarga...semoga 2005 akan membawa sejuta kebahagiaan untuk anda sekeluarga...
Fri 31-Dec-2004 17:42
Posted by:Jeff a.k.a Ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
sangat cantik... Wed 19-Jan-2005 11:52
Posted by:alone  - [Link]
gamba besar tu tersangatlah bes. ada story. budak tu macam mengenang nasib yg akan datang. nicely captured Thu 3-Feb-2005 02:04
Posted by:zzoux zzoux@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Alam Sekitar Kita

Posing dgn sign board
Anak sungai jeram
Batu-batu jeram..letak kat kolam koi bagus ni
View all 10 photos...
Alam Sekitar Kita



Baru-baru sempat berendam kat satu hutan lipur berhampiran rumah mak mertua. Seronok bukan kepalang. Bukan aku…tapi anak-anak. Sampai tak nak balik…nak berendam lama-lama.

Namun sedar atau tidak seekarang semakin banyak tempat beriadah atau tempat utk tujuan pelancongan di bina. Tempat ni dulu hutan, sekarang jadi pusat rekreasi pula. Memang baik utk kita sebab mudah utk melancong, kos yg murah, tak perlu keluar negara serta menbantu penduduk setempat berniaga dan memperolehi pendapatan sampingan.


Namun kesan pembangunan tetap menyebabkan Alam Sekitar nya mengalami perubahan. Sampah sarap tu kira biasalah. Tapi itu boleh di tangani. Sediakan aje tong, habis cerita. Tapi masalah sosial di tempat awam semakin menjadi. Muda mudi berpelukan tanpa segan silu, meneguk air syaitan tanpa rasa bersalah, berkumpul menghisap dadah dan juga mencuri barangan / dari kenderaan. Mashaallah…..

Pihak berkuasa serta penduduk setempat perlu bersama-sama menghindarkan / membenteras perkara spt tersebut berlaku demi kebaikan semua pihak.
Tapi tempat aku pergi ni kira ok lagi. Masih terkawal….eeiiii SEJUK AIRNYA!

Lawa gambar sungai tu...nampak aman...terasa macam nak berendam saja...
Tapi betul apa yang dikatakan, semakin hari semakin sukar mencari tempat yang indah macam ini...
Fri 10-Dec-2004 08:10
Posted by:jeff a.k.a ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
wow,pic 5,what a pleasure to stand there!These are so joyful,looks like they have the time of their life!!!Beautiful!!! Fri 10-Dec-2004 19:15
Posted by:ritaline  - [Link]
cantek waterfall Sat 11-Dec-2004 07:37
Posted by:Tokeikedai  - [Link]
Add comment


Monday, 29-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Payung Masjid Nabawi

~ Payung mula mengembang
~ Hampir separuh
~ Tiga suku kembang
View all 4 photos...
Masjid Nabawi...siapa tak nak pergi ke masjid ni tentu ada masalah dlm mana-mana bahagian otaknya. Setiap muslim dan muslimah, pasti nak hadirkan diri / menjejakkan kaki ke masjid ni. Insyallah jika di izinkan tuhan, sesiapa yang dah paasang hajat termasuk yg akan naik kapal terbang pergi menunaikan Haji tak lama lagi, berpeluang utk kesana...ini lah peluang seumur hidup. Insyallah
p/s gambar di terima dari kotak e-mail. Hanya utk berkongsi sahaja.

Masjid-an Nabawi
Unique Merit of the Prophet's Mosque. The Prophet Muhammad himself participated in the construction of this mosque, called it "My Mosque" and led prayers in it for years. It is a great privilege for the pilgrims to visit our beloved Prophet's tomb. The Holy Prophet Muhammad is reported to have said:
•"A salaat performed in the Prophet's Mosque is better than a thousand salaats in any other place except Masjid al-Haram in Makkah" - Bukhari and Muslim.
• "The person who offers 40 prayers consecutively in my Mosque, without missing a prayer in between, will secure immunity from the fire of Hell and other torments and also from hypocrisy." - reported by Hazrat Anas
• "The person who comes solely for the purpose of paying a visit to my grave, has a right on me that I should intercede for him." - from Ilm al-Fiqh, Vol. V
• "The person who performs Hajj and then visits my Tomb, will be regarded as though he had seen me in my worldly life." - Baihaqi

http://www.geocities.com/al_hajj/Madinah.html

perghhhhh. thanks for sharing. lawo nyeee Thu 9-Dec-2004 02:06
Posted by:zzoux zzoux@yahoo.com  - [Link]
This must be one of the most beautiful mosques in the entire world ,I am happy that I saw a glimpse of it... Fri 10-Dec-2004 19:21
Posted by:ritaline  - [Link]
mak aii.. lawa benor payung² nie.. rasa cam kat taman² heaven la plak.. mesti best nak beribadat kat sini.. (nak kusyuk beribadat tak kire suasana kan..?) Sat 5-Feb-2005 17:40
Posted by:harusS  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 25-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Bencana Alam

Jalan masuk ke wisma
Kereta berasak ke tempat tinggi
Pajero pun sangkut
View all 8 photos...
Sekali-kali manusia akan di cabar untuk bersabar dan beristifar sebaik mungkin bila mengalami dugaan maha hebat dari Allah S.W.T

Tak kala manusia itu dalam kelekaan, Allah turun bala / kesusahan bagi menguji tahap keimanan dan ketakwaan kita. Oleh itu kita nak tak nak, tetap perlu bersedia dlm menghadapi saat yang tak di ingini ini. Kenyataan ini jelas dinyatakan Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: "Apabila Allah mahu menurunkan bala atau bencana ke atas satu-satu kaum kerana terdapat di kalangan mereka melakukan kejahatan dan maksiat, maka azab yang diturunkan menimpa mereka yang beriman dan kufur. Tetapi apabila mereka berada di hari akhirat nanti mereka diletakkan di tempat yang sesuai mengikut keimanan dan amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia." (Hadis riwayat Imam Bukhari)


Contoh terdekat ialah kita banjir di kawasan wisma persekutuan di JB pada 4/11/04 (mengikut tarikh di gambar). Beberapa hari sebelum merayakan aidilfitri kereta mereka tenggelam dlm banjir kilat. Tak sempat nak selamatkan. Ini bukan bermakan mereka buat dosa. Tapi hanya contoh bencana alam. Malah Israel baru-baru ni kena serang belalang juta pun kira bencana alam kan!
Bagi yg tengelam keretanya, bersabar aje le. Sedih sungguh, kena keluarkan belanja bersihkan kereta. Duit lagi!!!.

Gambar ni bukan aku yg ambil tapi dari seseorang yg menghantarnya melalui email aku. Saja nak share

Banjir pada 4/11/04 di kawasan wisma persekutuan di Bandaraya Johor Bahru. Kawasan ni kebelakangan ini menjadi kawasan banjir kilat sebabkan tiada longkang besar utk channel air ke laut. Tambah lagi air laut sekarang makin naik. So sapa-sapa pergi buat IC baru...stand by bila hujan! Fri 26-Nov-2004 18:28
Posted by:Mazrul
Semoden & semaju mana sekalipun manusia, pastinya tidak akan dapat menandingi kekuasaan Yang Maha Esa...malahan semakin maju manusia, semakin banyak kerosakan yang dibawa bersama dengan kemajuan tersebut. Sun 28-Nov-2004 13:00
Posted by:jeff a.k.a ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
kuasa ALLAH.. Wed 19-Jan-2005 11:54
Posted by:alone  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 23-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Hari Raya Roundup

Posing pagi raya...anak buah
Pagi raya sebelum ke masjid
Cepat-cepat sapa nak mercun...ehh salah..duit raya!
View all 10 photos...
Syawal yg mulia selalunya membawa kegembiraan mahu pada yg miskin apa tah lagi yg kaya. Menjamu selera, memohon maaf dan keampunan serta kunjung mengunjungi adalah tradisi masyarakat. Tradisi kalau tak di jaga, tak cuba di fahami akan kebaikanya, pasti akan hilang keaslian dan juga menjadi satu kenangan sahaja.

Tengok sahajalah...kanak-kanak sekarang kenal atau tidak beraya dari rumah ke rumah. Tak salah, tapi bila tujuannya hanya untuk mengumpul angpau..duit raya, maka tak sesuaai la. Begitu juga mengadakan rumah terbuka (open house), bukan tak bagus...tapi bila kita buat rumah terbuka, ramai yg datang sekali gus, maka tak dapat kita melayan tetamu dgn lebih rapat, mesra dan berbual dgn ramah. Biasanya datang borak sikit, makan dan bla. Jadi kalau kita datang sekeluarga, dpat di layan dgn baik, bertanya khabar dan memohon maaf dgn lebih sempurna. Sesungguhnya saling bermaafan itu tuntutan Islam. Maka gunalah syawal ini sebaiknya. Insyallah

Salam Aidil Fitri untuk anda & keluarga...semoga bulan mulia ini akan membawa seribu keberkatan, insyaAllah...

p.s: Betul komen mengenai bangunan lama tu. NAmpaknya ada juga yang berkongsi sentimen yang sama dengan sama mengenai bangunan lama ni.
Thu 25-Nov-2004 03:16
Posted by:jeff@ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
Selamat Hari Raya juga utk jeff sekeluarga. Tima Kasssih! Fri 26-Nov-2004 18:32
Posted by:Mazrul
akum?
pak su gambar ciut tak der pun....
Wed 8-Dec-2004 05:51
Posted by:nadiah.....kak long nadiah yakin_enti@yahoo.com
Add comment


Monday, 22-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Lemang Raya

Ini ha Buluh lemang
Daun pisang ni dah di layukan
Ukur daun secukupnya
View all 13 photos...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
UTK SEMUA WARGA FOTOPAGES MALAYSIA

Pada raya kali ini aku sempat bertanya pada mak mertua aku tentang cara-cara membuat lemang. Biasalah zaman ni tahu makan aje...termasuklah aku sekali dan bila nak makan beli aje. Bila beli tak sedap marah - marah dan biasa lah mengomel. So kalau ada kesempatan, apa salah nya kita buat sendiri. Cara-caranya adalah spt berikut.

Bahan-bahan
Buluh 12 batang sederhana besar
Daun pisang muda di layukan utk menjadi alas dlm buluh
4 Kilo beras pulut
8 biji kelapa utk santan bagi merendamkan beras dlm buluh-buluh tadi
Sedikit air pandan buat mewangikan lemang

Cara membuatnya

Bersihkan buluh dari kotoran. Kalau buluh tebal, buang sedikit kulit luarnya agar lemang masak dgn baik dan cepat.
Layukan daun pisang tadi dan elakan dari 'pecah' atau koyak
Bersihkan beras pulut dan tapis airnya
Perah santan dari 8 biji kelapa tadi. Perah yg pekat dulu dan kemudian tambah air sedikit sedikit. Kalau tak salah lebih kurang dekat 4 jug juga airnya.

Potong daun pisang mengikut saiz buluh agar dia boleh jadi 'wallpaper' dlm buluh nanti.
Kemudian ambil segumpal daun pisang dan sumbatkan ke dalam buluh tadi utk di jadikan 'stopper'. Lepas tu baru masukan daun pisang mengunakan pelepah tengah pisang. Gulung dan masukan dlm buluh agar mudah masuk dan daun tadi tak pecah.

Lepas siap semua buluh, bolehlah masukan beras pulut + santan + air pandan yg telah di gaulkan bersama utk di masukan dlm lemang. Isi penuh sampai paras hidung dan kemudian gunakan gumpalan daun pisang utk menutup mulut buluh (stopper).

Sediakan api bagi memasak lemang. Gunakan kayu api, tempurung kelapa dan sabut kelapa. Ratakan bara api agar lemang masak rata. Letakan dekat bara tadi...bukan atas bara. Hangus nanti. Setelah hampir masak, hentakan sedikit utk membolehkan lemang masak dgn padat. Bab ni susah juga, sebab kena tunggu lama dan berpanas dgn api. Lewat atau leka, lemang nanti jadi keras keraknya.

So begitu serba sedikit. Tapi kalau suruh aku buat, entah jadi entah tidak. Tawakal aje le!

Okaylah dah ada resepi ni...bolehlah cuba nanti...
Selama ni memang tak reti nak buat...cuma reti nak makan dan komen aje...
Mon 22-Nov-2004 22:14
Posted by:jeff@ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
Add comment


Monday, 15-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Pusara di pagi raya

Selawat dan fatihah
merenung bila kita akan di panggil
Adap semasa berada di pusara kena ada
View all 9 photos...
Seperti biasa...pada hari rayalah ramai yg mengunjungi pusara ayah / ibu / ahli keluarga terdekat. Membaca Yaasin, Doa, menghadiahkan Faatihah dan membersihkan kubur.

Teringat pesan ayah ku pada ku. Kalau kita nak ke kubur, biarlah seawal yg boleh kerana padaa hari-hari beginilah, setiap penghuni kubur akan menunggu kedatangan anak-anak, saudara terdekat menziarahi serta mendoakan mereka. Bayangkan bila kita berada di pusara pula. Tentu menyedihkan bila tiada yg datang pada hari mulia.

Bagi ayah aku, tradisinya ialah melawat pusara ibu / bapanya seawal 6.30 pagi setiap pagi raya. dia mahu menjadi orang pertama menghadiah kan fatihah dan mendoakan kesejahteraan ahli kubur.
Tapi aku tak pasti boleh mengikut...hui 6.30 pagi kat kubur 0)

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi terlebih dulu. Thu 25-Nov-2004 03:14
Posted by:jeff@ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
Al-Fatihah..kite pun akan ke kubur bila2 ada mase sbb taknak rase kehilangan walaupun die telah tiada...tp yg wajib, pg raye mesti pegi..seawal kol 7 dah ada... Mon 10-Jan-2005 02:16
Posted by:Nurul  - [Link]
Add comment


Sunday, 7-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Karpet Raya

Bergantungan carpet utk di pilih
Bang...beli ye bang...boleh la..
Ramai org tak ke masjid malam ni
View all 8 photos...
Agaknya sudah menjadi kebiasaan / tradisi bila hari raya masing sibuk nak tukar itu dan ini. Malah ada kilang / barangan yg di keluarkan / promosikan utk waktu raya. Semua ni mengalakan pembaziran bila kita ikut hawa nafsu. Bukan tak boleh tukar, tapi kalau tahun lepas dah tukar, tahun ni tak kan kena tukar jugak!

Kilang Karpet ni promosi utk setahun sekali?boleh caya ke! Harga sebelum raya pun macam sama aje dgn promosi raya. Malah waktu malam, ramai yg pergi sana. Alamatnya terawih kat kilang karpet le. Termasuk lah aku sekali?

Apa pun makrifatnya ialah?promosi setahun sekali?beli jangan tak beli!!!

Care to comment?


Thursday, 4-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Lukisan Dunia

~mazrul.fotopages.2004~
~mazrul.fotopages.2004~
~mazrul.fotopages.2004~
View all 5 photos...
Lama tak upload gambar. Puasa ni sibuk sikit. Tak banyak masa nak bawak kamera ke hulu ke hilir. Cuma sesekali ke taman / tasik yg berada seberang jalan. Taman yang mempunyai tasik buatan ni masih ‘dara’ lagi. Pepokok nya masih muda, tak banyak cover buat berteduh atau buat project. Tak de taman pemainan kanak-kanak tapi ada tapak basketball & takraw dan laluan pejalan atau berbasikal.

Tapi manusia ni memang tak suka benda yg elok. Ada saja tangan gatal nak rosakan kemudahan awam. Malah lebih teruk ada yg hisap ganja pada waktu malam. Mesti mat rempik ni. Kat sini jugalah tempat budak basikal ‘hendal’ kebawah (kegilaan terbaru remaja) berkumpul. Takut mat rempik ni tolak barang kepada budak basikal yg rata-ratanya masih bersekolah. Dan kalau itu berlaku, statistic jenayah pasti naik. Yg susah adalah masyarakat sendiri. So masyarakat…do your duty.

Gambar ni aku tukar kepada bentuk watercolour supaya dia nampak macam lukisan. Cuma guna Micro$oft Photo Editor. So nil ah hasilnya…

Outstanding gambar ni...melopong kejab tengok... Mon 22-Nov-2004 22:15
Posted by:jeff@ambig jefraz@time.net.my  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.