-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 13-Aug-2007 16:01 Email | Share | | Bookmark
:: Malaysia Asia Pacific Rally Championship 2007

Rally of Malaysia 2007
SERVICE AREA

Antara shot di kawasan service yg terletak di Bandar Tenggara. Hampir 15 tahun saya tak kesini. Dan jauh membangun keadaanya. Seingat saya, dulu area nih ada siswazah mengerjakan tanah utk tanaman betik dan watermelon.

Ape yg menarik di sini, service area di bahagi dua utk international dan local rally car.
Utk subaru, siap ade tukang masak sekali di khemah service mereka. Dahsyat!




Sunday, 12-Aug-2007 14:10 Email | Share | | Bookmark
:: Malaysia Asia Pacific Rally Championship 2007

Rally of Malaysia 2007
Rally of Malaysia 2007
Rally of Malaysia 2007
ACARA PERASMIAN

Acara perasmian yg di adakan di Danga Bay pada 10 Ogos 2007.
Perasmian dilakukan oleh Tengku Mahkota Johor, Menteri besar johor - YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Haji Othman dan juga pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

Di akhir perasmian, di adakan Pertunjukan Bunga Api







Saturday, 11-Aug-2007 16:09 Email | Share | | Bookmark
:: FIA APRC MALAYSIAN RALLY 2007 - My first ever...

FIA APRC MALAYSIAN RALLY 2007
Wuhhhh...penat giler. Seharian mencari ss @ special stage utk mendapatkan lokasi yg menarik utk shoot kereta rally. Baju pun dah bau masam dek peluh.
Hidung dah tersumbat dek habuk pasir dari deruman kereta rally yg membelah ladang kelapa sawit felda. Satu pengalam yg menarik. entah dapat, entah kan tidak lagi utk saat-saat begini. Ape-ape pun...aku dah letih. Jadi satu gambar utk hari ini...wuuuuuahhhhhh...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!



Friday, 10-Aug-2007 15:43 Email | Share | | Bookmark
::FIA APRC MALAYSIAN RALLY 2007 - Ceremonial Start

FIA APRC MALAYSIAN RALLY 2007
First time saya menghadiri majlis flag off utk kereta rally.
Post kan satu utk permulaan. Penat lagi...nanti bila ade masa up lagi gamba.

Gambar di bawah ialah pelepasan kereta pemandu rally negara, Karamjit Singh dan juruarah nya Jagdev Singh oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor (terlindung)




Saturday, 4-Aug-2007 16:37 Email | Share | | Bookmark
::PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SEK. RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK
PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK
PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK
View all 12 photos...
Hari sabtu lepas, saya sekeluarga meneman si angah mewakili sekolah utk pertandingan Koir lagu-lagu patriotik peringkat sekolah-sekolah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kalau tak salah, sebelum nih pada Khamis 2hb di adakan peringkat saringan.
Alhamdulilah, Sekolah Keb. Pasir Gudang 1 berjaya mendapat tempat ke 4 dari 10 sekolah yg bertanding utk peringkat akhir. Tak ingat sekolah mana yg menang. Tapi rasanya pasukan dari tempat 1 hingga 5 tak jauh beza dari segi penyampainya (ikut telinga saya lah yg buta huruf soal muzik nih). Mungkin kostume tu beza. Ade sekolah yg all-out soal presentation mereka. nampak meriah dan warna warni.

Terima kasih kepada Cikgu Mastura dan Cikgu displin, Cikgu Halim yg membimbing mereka dgn sumber yg terhad dan juga tempoh yg singkat. Nampak suka sangat riak muka cikgu mastura dan cikgu halim bila mereka mendapat tempat ke 4. Almaklumlah, tak sangka dapat tempat ke 4. Murid-murid...releks aje. Mereka dah kepenatan kerana bersedia sejak dari pukul 10 pagi hingga waktu keputusan di umumkan iaitu pukul 5 ptg. Hadiah di sampaikan oleh datuk bandar johor bahru.

Semasa menunggu keputusan, deklamasi sajak dan persembahan tarian oleh pelajar sek. keb. Gelang patah, sungguh menghiburkan. Mereka sungguh berbakat. Menari dgn riang dan selesa sekali. Seronok melihat liuk badan mereka mempersembahkan tarian Zapin johor. Memang menghiburkan...sayang saya tak amik gambo.
Sekali lagi tahniah buat semua yg menang dan terutama buat sekolah keb. Pasir Gudang 1. Hadiah RM500 boleh buat belanja pelajar yg bersusah payah mewakili sekolah. Anda semua memang hebat !!!






[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net