Want your
own Fotopage?

















 
-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Dec-2006 16:35 Email | Share | | Bookmark
:: AAM Malaysian Cub Prix Championship Round 10

The 'Sponsor'
The chikas
The Rival
View all 27 photos...
Hui...lama aku tak berfotopages!
Mahu berkulat fotopages nih. Maaf lah...banyak sangat benda nak di buat, dari awal raya sampai habis raya, dan nak masuk raya lagi sekali. Lama jugak jari nih tak memetik shutter! Kalau buat kerja guna kamera, mahu tak berasap dapor dibuatnya...tapi dek kerana sekadar suka-suka...biaq pie la...rehat sekejap!

Namun...bak tahi judi, kalau tak main, dapat tengok pun jadi la. Kebetulan...(saja nak buat cerita), pada 3hb Disember 2006 yg lalu, ade Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta di Litar Pasir Gudang. Maka...naik semangat utk memetik shutter, membuat panning dan layan bunyi bising motor cup. Jadi dlm renyai-renyai, ku gagahkan jua dgn berbekal wang RM10 sebagai kata azimat pembuka pintu masuk ke Grand Stand.
Menjelang jam 12.30 tengahhari...dah start memetik shutter. Orang keliling tak ku hiraukan, biaq ape dia orang fikirkan. Aku memang bukan pro, aku bukan carik makan ngan benda Allah ini dan juga aku bukan wakil mana-mana majalah. Hanya sekadar layan hobbie aje!



Lepas satu, satu aku tembak. Nak kata semua jadik...bohong punya. Ade la 3 - 4 keping yg boleh di sharekan. Maklumlah...kamera cap ayam dalam tin Janji keluar gambar cukuplah. Kekadang kesian jugak aku tengok mamat-mamat yg cuba amik gambar penunggang sedang line up kat tepi pagar tu...sedangkan aku dari atas grandstand boleh skodeng awek pegang payung tu. Tapi tak leh tahan tengok photoq pakai telezoom warna putih kat depan paddock tu...jeles weiii. Dah la tempat best, 'senjata' best, dapat duit lagi dan boleh skodeng awek depan-depan lak tu!



Keseluruhanya...nampak meriah. Grandstand penuh dek orang, mostly melayu + indon. Ade la sorang dua bangla, nepal, pakistan dan jugak pure india mari punya. Tapi kesedaran sivik kureng amat! sampah buang gitu aje. Yg berkepit pun ramai, yg pompuan pakai seluar nampak perut pun ramai, yg mungkin dari golongan Mat Rempit pun banyak dan yg datang beriadah dgn keluarga pun ade jugak. Malah budak yg baru seminggu berkhatan pun nampak jugak...motor - motor jugak jang, jangan bengkak benda tu sudah!
Jadi...ade lah sikit gambo buat renungan BTW...dont ask me who win
check the web site for result!!!
http://www.malaysiancubprix.com/index.php

happy new year 2007
Thu 4-Jan-2007 09:00
Posted by:intanmaria  - [Link]
ehehee Fri 2-Feb-2007 17:52
Posted by:rasso  - [Link]
standet racing ke ? Mon 27-Oct-2008 17:46
Posted by:stunt master muhdfaezfaez@yahoo.com
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 18-Oct-2006 23:30 Email | Share | | Bookmark
:: Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya


Tinggal beberapa hari sahajA lagi umat islam di bumi bertuah ni akan menyambut 1 Syawal yg mulia. Masing-masing sudah tak sabar utk bercuti panjang pulang ke pangkuan desa mahupun kota kelahiran. Sanak saudara, handai taulan akan berkumpul, bermesra serta bermaaf-maafan. Namun hendaklah kita sentiasa beringat...

1. Gunakan bulan syawal ini utk mengukuhkan silaturahim sesama keluarga dan rakan-rakan. Kunjung mengunjung membawa berkat. Bermaaf mengubat segala dosa yg tak di sengajakan. Minta halalkan makan minum kita dari kedua orang tua kita agar hidup kita sentiasa di rahmati.

2. Jangan membazir kerana ade yg serba kekurangan, tak punya ape, harta mahupun sanak saudara. Fikirkan yg membazir adalah sebahagian sifat yg dilarang dan sekutu ngan syaitan. Bayar zakat utk mereka yg fakir miskin. Bukan nya makan duit zakat orang miskin

3. Pulang dgn selamat. Doa dan bertawakal. Kunci rumah, buat kunci tambahan. Kalau tak pencuri pun raya sakan. Berhemah di jalanraya dan tidak mementingkan diri sendiri. Polis pun nak raya juga, bukan ashik nak jaga kita aje. Nyawa bukan taruhan dijalan raya. Jangan kita membayar dgn nyawa atas kecuaian kita. Jika semua main peranan, polis boleh gi beraya!

4. Kawal ekonomi anda. Jangan nanti, balik raya hutang sana sini. Bil tak berbayar. Raya tu raya jugak. Kekadang, keluar duit ikut suka hati hingga tak sedar budget dah lari.

5. Pulang lah...walau seketika. Jenguk lah mereka yg tersayang. Kerana tiada yg lebih istimewa selain dari melihat kelibat insan tersayang, ibubapa, kekasih, saudara mara dan juga rakan taulan.
Bertemu dan bergembiralah mengikut syariat islam. Bukan ikut syaitan...!

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat hari Raya buat semua kenalan Fotopages, yg jauh mahupun dekat, yg bertemu mahupun kenal gitu-gitu aje, dengan harapan Syawal ini memberi kebahagian dan limpah rahmat buat anda sekeluarga. Moga segala amalan disepanjang Ramadhan Al Mubarak yg lalu diterima dan mendapat rahmat keatasNya

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

salam lebaran juga dari kami di CSP... Wed 8-Nov-2006 09:51
Posted by:nash >>> candidsyndicate  - [Link]
Selamat hari raya jugak... hari ni dah 17 syawal.. dan dapat puasa sunat syawal...? Thu 9-Nov-2006 01:33
Posted by:Tuah  - [Link]
dah abes pon syawal... Fri 24-Nov-2006 06:37
Posted by:abdulHADI  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Sunday, 8-Oct-2006 03:48 Email | Share | | Bookmark
:: Alam

Mazrul.Fotopages.Com
Mazrul.Fotopages.Com
Mazrul.Fotopages.Com
JEREBU...itu yang kelihatan di halaman sana. Salah siapa...salah manusia. Salah sikap tamak, Salah manusia yang tidak pernah merasakan segala ini adalah di pinjam. Bukan hak kita, pun bukan ahmad albab yg punya. Milik Allah S.W.T di pinjamkan kepada umat nya.



Nak salahkan mereka yg membakar, tentu tak boleh. Sebab mereka terima arahan. Yg bagi arahan tentu datang dari tokey. Mereka tokey, mereka sentiasa pikir buat duit sebanyak yg mungkin. Boleh mengayakan 7 keturunan semahu nya. Tapi pikir balik, ape alternatif yg di sediakan utk mereka. Ade method utk membersihkan ladang mereka dengan murah dan berkesan. Mana bijak pandai dlm hal ini. Nape tak kaji dan jana idea terbaik.
Undang-undang ade utk diguna pakai oleh semua. Kalau dah salah, api tidak bertindak, ape sebabnya. Rasuah, ade kepentingan, takut atau buat tak nampak sahaja. Selagi namanya manusia, undang-undang tu tak akan dapat di tegakan sepenuhnya. Hanya hukum Allah S.W.T yg pasti setimpal dan saksama. Cuma hukumnya tak semua dapat sekarang.
Tapi hukum tetap hukum!

ooooo

Agaknya Allah S.W.T nak menguji kita. Tak payah banyak, di amik udara yg kita sedut hari-hari, maka terkulai kita mcm ikan kejerihan menyedut udara. Jadi dibagi nya jerebu utk kita berfikir. Kuat kah kita, hebatkah kita dan berani kah kita melawan takdir. Yg pasti ini bukan ujian terakhir..inysalllah!

>> sentuhan yang masih berbisa...
Wed 25-Oct-2006 16:21
Posted by:Jeff  - [Link]
lawa sungguh~
ske gamba burung pulang
superb!
Fri 24-Nov-2006 23:51
Posted by:amroose adam  - [Link]
cantek pemandangan..subhannallah..indah ciptaannyer.. Thu 7-Dec-2006 00:30
Posted by:afairuz  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Sunday, 24-Sep-2006 13:30 Email | Share | | Bookmark
:: Ramadan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa!
Selamat Berpuasa!
Selamat Berpuasa!
View all 6 photos...
Alhamdulilah...sekali lagi aku berpeluang untuk menemui Ramadan yg Mulia ini. Peluang yang belum tentu bakal di nikmati untuk tahun seterusnya. Walau pun hanya sebulan, namun ianya pasti rasa singkat. Ini kerana masa beredar terlalu cepat tanpa kita sedari.



Ramadan sesungguhnya mengajar lebih dari nikmat merasa makanan setelah seharian berlapar. Ramadan sebenarnya adalah masa untuk melihat diri kita yg lemah ini. Di uji dengan dugaan maha kecil, di uji utk beberapa jam, di uji utk mengawal pancaindera yg sedia ada utk digunakan kearah kebaikan. Namun kita belum benar-benar di uji.



Di uji dengan hingar bingar peluru yang tiada bermata, bom yang tak mengenal besar kecil, tua muda, dentuman yg menyesakan nafas, mendebarkan dada...sadis bila memikirkanya.
Kita tak di uji oleh hingar bingar anak-anak menangis kelaparan, kita tak di uji, tanah merah merekah dek kepanasan, kita tak di uji, ludahan / kebencian manusia terhadap manusia lain...

Walau tak di uji, ramai yg tewas dgn hawa nafsu. Makan nyorok-nyorok. Rokok dlm tandas, air paip pun telan dan mcm seribu muslihat. Ya Allah... ku mohon jangan kau jadikan aku sebahagian dari mereka, ku mohon jangan kau tarik perasaan malu dlm diriku ini, ku mohon kau kuatkan semangat, iman dan perasaan kasih ku pada Mu. Moga dapat ku lalui Ramadan ini dengan sebaik mungkin sebagai umat Mu! Amin!!

ooooooooooooo

Kesempatan ini, ku hulurkan ucapan Selamat mengerjakan Ibadah Puasa kepada semua umat islam, tak kira dimana anda berada dan khususan buat teman yang melayari laman ini. Semoga Ramadan ini dimakbulkan doa anda dan menjadi Ramadan terbaik dlm hidup anda. Jangan lupa kita panjatkan doa buat saudara-saudara kita yg kesusahan tak kira di mana mereka berada!
Inysallah....


boleh wat kad raya nih..hehe..selamat berpuasa Sun 8-Oct-2006 03:00
Posted by:sayabudakbarubelajar marlinajamal@yahoo.co.uk  - [Link]
sekali lagi, tertarik dgn tulisan ini... Sun 8-Oct-2006 06:24
Posted by:mypokcik  - [Link]
putrajaya in action..... Mon 4-Dec-2006 23:26
Posted by:green-apple  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 10-Sep-2006 15:09 Email | Share | | Bookmark
::Aku Pecinta Wanita

Si Lebah pecinta Madu!
Jangan salah faham ngan tajuk di atas. Memang aku mencintai wanita yg aku sayang iaitu...Ibu, Isteri dan anak-anak. Sesuatu yg menarik perhatian aku mengenai lagu dari penyanyi Indonesia ini, bukan sahaja kerana muziknye yg segar, bait senikata yg menarik serta nyanyian yg sedap didengar oleh semua golongan, malah sikecil turut terikut-ikut akan melodi lagu ini.

Lebih dari itu aku melihat tajuknya yg cukup cliche. Tanpa wanita, dunia tiada serinya.
Malah tak salah 'mencintai' wanita atas dasar peranan nya dlm kehidupan seharian. Kita di kelilingi oleh wanita dan mereka juga adalah sebahagian diri kita.
Cuma aku melihat wanita makin mengalami cabaran hebat mengekalkan 99 sifat malu mereka. Makin ramai yg tewas dlm kehidupan moden. Halal haram tak dikesahkan. Aurat hanya fesyen, yg boleh disesuaikan ikut keadaan. Yg tipis imannya...hilang dibawa arus materialistik, dunia keaiban dan malah sebahagian dari statistik jenayah kecil mahupun besar. namun ade yg berjaya. Membina kehidupan, membentuk generasi pelapis yg berilmu. Berjawatan tinggi setanding dgn kaum lelaki. Malahpaling nyata, wanita lebih ramai, lebih suksess dan lebih 'matang'.
Adakah kita menghampiri akhir zaman? Tunggu dan lihat shj!

gapgap

Pecinta Wanita - Irwansyah

kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

*
kutakmau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

reff:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
dan cintaku ternyata
yang kumau hanyalah dia

kembali *, reff

lawo-lawonyer gambor kat sini.. u are great man..

-------------------------------------------------------------------------
visit http://freewebs.com/seriandamanwero
http://seriandaman.fotopages.com
Wed 20-Sep-2006 07:59
Posted by:seriandaman seriandaman@yahoo.com  - [Link]
cantik!!
re : kami kalau berjumpa memang macam sambut raya
Thu 28-Sep-2006 01:09
Posted by:~F&Z~  - [Link]
Nice shot! Sun 8-Oct-2006 03:56
Posted by:strozze  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Sunday, 27-Aug-2006 15:00 Email | Share | | Bookmark
Kau yang teristimewa

Kau yg Teristimewa
Sesuatu yang sentiasa ada didalam diri kita ialah perasaan ingin dikasih. Walau bagaimana kehidupan seseorang itu, mereka akan sentiasa dahagakan sesuatu. Fitrah alam dan kehidupan untuk hidup berpasangan...
Bumi dan bulan, lelaki dan perempuan, malam dan siang dan lain-lain lagi...

gapgap

Sesuatu perasaan kasih hanya wujud bila ade persamaan antara dua insan. Perasaan ini umpama aura yg memberi nikmat pada si pencinta. Perasaan itu datang dengan sendiri tanpa dipaksa. Oleh itu sedarlah yang hati kita perlu di 'isi' agar ia tidak menjadi kering. Tak kisah samada kita mengasihi Allah yg Esa mahupun buah hati kita. Rasa kasih akan menjadikan kita lebih tenteram dan dihargai. Insyallah...akan aman dunia ini dengan ade nya kasih sayang...kecuali mereka yg tak berperasaan!

update la... Wed 6-Sep-2006 06:54
Posted by:Cakcibao  - [Link]
askm brother..lama x jumpa...gambar2 makin gempak...ada rezeki blet tukar dslr Sat 9-Sep-2006 05:40
Posted by:syj azuarnar3049@yahoo.com.my  - [Link]
very good perspective Tue 19-Sep-2006 23:14
Posted by:~F&Z~  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Tuesday, 15-Aug-2006 15:19 Email | Share | | Bookmark
:: Masjid Abu Bakar

Masjid Abu Bakar dari arah laut
'Rule of Third' ???
Masjid dari sebelah hadapan!
View all 5 photos...
Dah beberapa hari tak update fotopages nih. Tewas lagi dengan kesibukan. Nak membelek kamera pun tak sempat. Ade aje perkara yg menganggu masa yg ade. Kekadang boring pulak rasanya. Bagai tiada ruang menyantaikan diri dengan aktiviti yg memberi kepuasaan diri.



Sememang kalau duduk di Johor Bahru, kalau tak ke Masjid Abu Bakar nih, memang tak sah. Malah harus hukumnya. Masjid yg merupakan antara masjid tertua di Malaysia, sering menjadi kunjungan pelancung luar. Tiap hari boleh dikatakan, pasti ade bas yg berplet Singapura, singgah utk bergambar di Masjid ini. So kira famous la Masjid nih.
Kali kedua aku memaparkan gambar masjid ini. Sebelum nih shot yg aku amik dari dalam masjid. Tetapi kali ini aku menembak dari luar. Utk shot dalam masjid boleh singgah ke SINI utk melihat gambaran masjid ini dari dalam.



Disamping itu sambil mempelajari teknik photography yg di panggil 'Rule of Third'. Jadi mencuba membuat shot RO3 spt diatas. Sapa nak blajar shot 'Rule of Third' boleh lah Klik ke link di berikut.... 'Rule of Third'
So terima lah shot ini seadanye

-> nampaknya kena ke sana lagi one of these days...
-> menarik time senja...

ps: hero top gun masih ada, walaupun tidak lagi seaktif dulu...
Thu 24-Aug-2006 02:39
Posted by:Jeff  - [Link]
nice entry
tumpang tanya,edit guna software aper ekk?
Thu 24-Aug-2006 23:45
Posted by:sayabudakbarubelajar marlinajamal@yahoo.co.uk  - [Link]
askum....saya cum anak bertany....saper2 ader x tau masjid dekat mana yang kubahnya bulat, tempat wuduk di luar, kwsan perempuan solat di sebelah kanan masjid. kalau tgk dari hadapan nampak anak tangga ke kwsan perempuan tu...tangga berwarna putih... disebelah kanannya ada jalan raya...tapi x sibuk sgt.... saya mimpi masjid tu...n berwuduk di sana... please.... saper yyang tahu.... Mon 12-Mar-2007 02:26
Posted by:zuneta zuneta_179@yahoo.com.my
View all 18 comments Add comment


Saturday, 5-Aug-2006 03:46 Email | Share | | Bookmark
:: Mencari setitis madu

By Mazrul.Fotopages.Com
Sekadar memenuhi ruang yg kosong kebelakangan ini.
Tak sempat nak upload dan bertinta dengan selesa.
Rehat seketika....kita minum dulu

gapgap


hehehe.. lawo..

p/s : bukan sengaja blur.. mmg lens 50mm 1.8 mcm tu
Tue 15-Aug-2006 11:03
Posted by:cgmulia  - [Link]
i really like your macro shots! sgt2 menarik! belum pernah cuba betul2 lagi Fri 18-Aug-2006 08:56
Posted by:ummi ameer isyraf
lawa ler gambar rerama tu.. dok tgh terbang pun brader boley capture, cool
p/s : anyway thanx sebab komen gambar RO3 kat forum FMDC tempoh hari...
Wed 23-Aug-2006 00:28
Posted by:azryshah@FM1957  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Saturday, 22-Jul-2006 16:11 Email | Share | | Bookmark
:: XPDC - Sepit Biru

Satu bot kena towing sebab tak de engin
Bergaya dgn joran daiwa dan kekili abu garcia
Kami berada di seberang bot amir...jauh jugak tu!
View all 23 photos...
XPDC - Sepit Biru nih gambar nye dah lama di simpan, tak sempat nak upload kerana sibuk sakan kebelakangan ini.Gambar pun guna kamera compact canon milik adha. Tak berani aku nak bawak kamera, kalau masuk air menyesal pulak nanti. XPDC yg telah di rancang hampir sebulan lebih nih, sekadar suka-suka dan bukan 'hard core' atau kaki pancing punya plan. Namun ianya pengalaman istimewa buat aku. Tempat yg kami pergi hanya sekitar Sungai Kota Tinggi.



22hb Julai yg lalu, pada jam 7pagi, kami bertujuh, sampai di sebuah kedai / jeti menyewa bot. Alhamdulilah, walau tak buat booking, masih ade bot walaupun mintak 3 dgn engin hanya dapat 2 engin dan satu kena berdayung. Tak kisah, nanti boleh towing. Jam 8.00 kami di gigi air. Lambat, sebab semua nya bukan pro, baru nak pasang batu dan mata kail dgn bantuan ketua operasi...si Ahmad. Memula tu, takut jugak sebab first time turun sungai. Baju life jaket aku pakai sekemas yg mungkin. Bermula lah xpdc ini...

gap gap

Jam 8.30 pagi, aku dah start memancing, dan tak sampai 10 minit, dah dapat seekor. Boleh lah. Se bot dgn Adha, dia nampaknya lebih bernasib baik...5 ekor dah naik. Joran Daiwa dan kekili Abu garcia belom 'settle down' lagi nampaknya. Dan menjelang jam 10 pagi, suasana berubah. Aku mula memancing agak ketengah, sekor demi sekor menjadi mangsa. Cuaca panas menjadi agak redup. Sesekali berubah tempat. Bot Ahmad dan Iril, berubah tempat lagi, mungkin kureng hasilnya. Sementara bot Azam, Ismazi dan Amir ngan engin 5 kuasakuda...berlindung dari kepanasan. Adha semakin gelisah, aku menyuruhnya membaling jauh kehadapan. Arus mungkin dah berubah...ceh..macam aku nih pro, baru first time turun dah nak bagi advice. Lebih kurang 24 ekor menjadi mangsa. Alhamdulilah. Adha pun tak kurang hasilnya...19 ekor!



Cacing yg kami bawak hampir kehabisan, maka kami bergerak ke tebing berdekatan utk mencari cacing. Dapat lah sikit buat tambah-tambah. Seterusnya kami memacu bot ke hadapan, berhampiran jambatan sungai kota tinggi (jln ke mersing bukan ke bandar kota). Namun tak lama kemudian, cuaca berubah. Hujan agak lebat turun. Aku dan adha bersetuju utk berteduh di bawah jambatan. Sementara bot amir, terus memancing dlm keadaan hujan. Katanya...masa tu tengah sedap layan udang. Maka mereka tak nak berhenti. Lantak dia orang lah. Aku risaukan petir aje.

Lepas hujan, nampaknya hasil kurang. Arus berubah, air laut dah bercampur air sungai, maka hasil menjadi kurang. Masing-masing dah kelaparan. Maka kami bergerak ke jambatan Kota Tinggi yg menjadi penghubung Bandar Kota Tinggi utk bergambar. Setelah sejam memancing di sekitar jambatan, kami beransur turun utk ke pengkalan. Masa utk naik ke darat dan pulang. Secara dasarnya, hasil yg kami dapat bukan ukuran pengalaman yg kami bawa pulang. Namun kesabaran yg dibina, kegembiraan, syukur dan keseronokan mengatasi segalanya. Biar ape orang nak kata...satu kepuasan tetap aku rasakan. Semoga mereka yg bergantung hidup dgn sungai ini akan memperolehi rezeki yg berlibat ganda dan selamat semasa melakukan nya. Kalau diberi peluang lagi, ingin sekali aku kembali mencari si SEPIT BIRU

Terima kasih kepada Ahmad sebagai ketua xpdc ini dan rakan-rakan yg lain iaitu Amir, Adha, Ismazi, Azam dan Iril Ahmad.

bru nk cr prenz.duk kat sabah xde kwn pancing.... Tue 3-Apr-2007 17:20
Posted by:5zal nor_feza@yahoo.com.my
akum... nak numpang tanye la.. ade petua tak mcm mane nak dapat tangkap udang banyak ? yg saye tau umpan isi ikan dan bontot cengkerik.. tp bile mancing, sejam dapat 2 eko jerk.. ade petua lain tak ? Mon 3-Sep-2007 08:33
Posted by:boboi fantasy_id_liverpool@yahoo.com
eh enak nich punya temen yg hobby sama kalo saya pernah dapet yg besar sekitar 30 cm berat 300 gr, capitnya kayak telunjuk org dewasa. pas lg di di tarik udangnya jantung kenceeeng bener berdebar, eh setelah dapat lega deh, maumya di pelihara di akuarium eh besoknya sdh Mati deh Udang galahnya
Mon 28-Jan-2008 05:02
Posted by:izoel izoelzea@yahoo.co.id
View all 16 comments Add comment


Monday, 17-Jul-2006 11:20 Email | Share | | Bookmark
:: Disini segalanya bermula




update... i know u got a lot of nice images.... Tue 25-Jul-2006 04:04
Posted by:Cakcibao  - [Link]
selamat ulang tahun woghieh Thu 27-Jul-2006 05:57
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
selamat menyambut hari ulang tahun bro! Sat 29-Jul-2006 08:24
Posted by:AZURAHAKIM  - [Link]
View all 17 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.