Want your
own Fotopage?

















 
-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Jul-2006 17:11 Email | Share | | Bookmark
:: Time to Think

Aku perlu berhenti seketika
Aku perlu berdiam sementara
Aku perlu memanggu sedetik...kerna
Aku perlu masa...untuk berfikir!
Ya Allah...jelaskan lah pandangan mata hati ku...
Biar reda kekusutan ini
Biar lapang perasaan ini
Biar girang senyuman ini...
Ya Allah permudahkan lah...segala-galanya!




ini seni... Fri 14-Jul-2006 17:28
Posted by:apiq  - [Link]
kekadang berdiam untuk berfikir adalah lebih bagus...
I really like this one... absolutely impressive! Or.. rather .. expressive?
Sat 15-Jul-2006 04:21
Posted by:rossya  - [Link]
hebat beb.. Fri 28-Jul-2006 01:03
Posted by:jeq789 jeq789@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 4-Jul-2006 13:25 Email | Share | | Bookmark
:: Taman Rama-Rama KL - Edisi Cuti Sekolah

Edisi Taman Rama-rama Mazrul Fotopages
Edisi Taman Rama-rama Mazrul Fotopages
Edisi Taman Rama-rama Mazrul Fotopages
View all 9 photos...
Berbalik semula aktiviti semasa cuti sekolah ari tu. Selepas bertandang ke Taman burong, keesokan hari nya, aku menerjah ke Taman Rama-Rama KL. Kali ini aku dah bersedia dari segi arah jalan dan juga bateri yg penuh. Siap sedia semua. CP Filter, Closeup Filter pun dah ready. Semua demi mengabadikan sebaik mungkin mahkluk Allah yg indah ini.



Tak ramai orang pagi tu, kelihatan hanya beberapa student U yg sedang buat study dlm Taman nih. Matahari makin membahang, jam menunjukan angka 10.35 pagi. Masa utk menembak...



Seperkara yg menarik tentang rama-rama nih ialah, mereka akan mengunjungi bunga yang sama beberapa kali dlm tempoh yg tertentu. Jadi adalah kritikal dlm memilih background yg sesuai serta kedudukan yang baik utk menembak. Memang ianya banyak mengajar kesabaran, namun panas jugak hati dibuatnye...sabor



Komen yg sama spt Taman burong perlu saya berikan pada Taman rama-rama. Koleksi yang agak terhad, maka tiadaa kepelbagaian jenis rama-rama agak menyedihkan saya. Ini kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong barat mahupun timur. Kurang kepelbagian spesies rama-rama akan menyebabkan pelancong seakan di tipu. Semoga pihak yg berwajib akan membantu memperbaiki dan menambah baikan keadaan taman ini serta isi dalam nye sekali. Ape-ape pun, ini lah sebahagian dari tembakan yg aku rasa sesuai utk disharekan di sini. Zassssssss! Enjoy

Tue 11-Jul-2006 04:38
Posted by:e c a h  - [Link]
wow..subhanAllah..caya la bro..eh ada tips x?? camna ekk...
saya ada cpl..klu cpl tuh digabungkan ngn uv protectr ada effect ke atau kurang nyer kepoweran cpl tuh?? then nie( gambar2 close up) guna tripod gak ke??
Wed 12-Jul-2006 03:57
Posted by:pG  - [Link]
rama2 itu cantik...btul tak???
lawo2 semua rama2 nieh...
more butterfly...
http://nurliey.fotopages.com
Fri 9-Feb-2007 03:02
Posted by:NurLiey'z nurliey_84@yahoo.com  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Friday, 30-Jun-2006 13:19 Email | Share | | Bookmark
:: Piala Dunia 2006 - Suku Akhir

Mula-mula dengar cakap coach dulu
Lepas tu siap sedia lah
Kalau Brazil ngan samba, malaysia dgn sambal
View all 18 photos...
Malam nih Piala Dunia sudah sampai ke tahap saingan suku akhir. Kejap aje...pejam celik, pejam celik dah sampai suku akhir. Bermula pada 19 Jun yg lalu dan akan tamat pada 9 julai nanti.



Saingan peringkat ini tentu sahaja amat mengujakan kerana melibatkan negara yg mahsyur dlm arena bolasepak. England, Brazil, Argentina, Portugal, German sebagai tuan rumah, perancis, Itali dan ukrain akan berentap dgn hebatnya. Bukan selalu dapat melihat mereka bertembung dgn harapan membawa tropi yg keemasan itu. Apa-apa pun pasukan pilihan spt Brazil, Argentina dan German akan tetap mendapat sanjungan. Ahhh...baru dua tiga hari dapat tidor lena, dah kena sengkang mata balik...oh bola...



Gambar kali ini adalah berkaitan dengan demam bola. Setiap ceruk kampung mahu pun bandar, akan mengalami demam ini setiap 4 tahun sekali. Paparan ini juga ditujukan kepada rakan karib dan juga jiran setaman, En. Safian, kerana usahanya dan minatnya melatih dan mengajar anak-anak jiran yang berminat bermain bola dengan percuma. Satu pujian kerana dia gigih melatih mereka kerana minat dan bukan kerana kewangan atau lain-lain. Dia mahu anak-anak menjadi bersosial dgn kaedah beriadah dan bersukan. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas keiklasannya. Terima kasih safian!

Terima Kasih ngan komen yg diberikan!

Bro Mazrul, I'm grateful for the birthday wish thank you so soo much.. Tue 4-Jul-2006 08:25
Posted by:MSO&Farah  - [Link]
mata ekau memang dasat laa...................kalau pakai dslr boleh meletup fotopages ni Wed 5-Jul-2006 14:47
Posted by:rock_zaman80an azuarnar3049@yahoo.com.my  - [Link]
dah nak habis wocup mazrul. sedih plak rasa malam tak sehappening spt sebelumnya
kalau bola bisa ngomong
Sat 8-Jul-2006 23:00
Posted by:aji  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Friday, 23-Jun-2006 11:12 Email | Share | | Bookmark
:: Taman Burung - Edisi Cuti Sekolah

Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
Mazrul Fotopages
View all 9 photos...
Lepas aje aku ke KLIMS2006 tu, terus ke Taman Burung dekat Tasek Perdana tu. Melilau jugak aku carik tempat nih, almaklumlah rusa masuk kampung lah katakan. Walau pernah duduk KL awal tahun 80'an dulu, namun masih melilau mencarik tasek perdana...sesat bangat sehhhh!



Ape-ape pun, manage utk sampai. Walaupun harapan diletakkan tinggi terhadap taman ini, maklumlah tempat lawatan cuti sekolah lah katakan...tapi secara keseluruhan, Taman Burung nih kurang daya penarik. Tempat dah best, tapi burung-burung yg ade tak banyak jenis, boleh dikira jenis nya walaupun bilangan nye banyak. Tapi alang-alang dah sampai, tembak ajelah ape yg ade!



Bateri dah tinggal separuh sewaktu melangkah masuk ke Taman nih. Kena jimat cermat menembak. Tembak yg agak-agak kena, mana yg agak-agak sipi tu, biarkan aje dia hidup terus . Jadi terhendap-hendap mencari sasaran. Di celah pokok, atas pokok, tepi pokok..dan bawah pokok. Macam orang nak tangkap orang buat maksiat gamak nye!



Setelah berjalan dan menjalankan aktiviti skodeng yg hampir memakan masa sejam setengah, bateri aku dah giveup...kena lah balik. Jadi ape yg ade nih, hasil mahsul yg tak seberapa. Tak tahulah samada berbaloi atau tidak. Namun pengalaman tetap satu pengalaman. Biar susah, biar keciwa, biar lulus...namun menyesal tiada ade nye. Semoga Taman Burong KL akan memberi perhatian lebih serius dlm memberi pendedahan ke generasi akan datang penting menjaga haiwan terutama burung. Kepelbagian spesis dan keampuhan maklumat, boleh membentuk anak-anak cintakan keamanan dan kehidupan burung. Laksana merpati yg menjadi simbol kepada keamanan sejagat!

PS - Frame tu pakai software...bukan buat sendiri

smart giler pic burung merak tuh..
boleh ajar cara nk buat kertas lipat2 mcm pic burung merah tu..
hehe...;p
Mon 3-Jul-2006 17:20
Posted by:rahami uncle_amy@hotmail.com  - [Link]
hi...jengukla fp sy lg..ada butterfly... Tue 4-Jul-2006 05:44
Posted by:green-apple  - [Link]
really like d way u re-compose d picture..
nice & clean..
Fri 7-Jul-2006 11:03
Posted by:radinism radinism@yahoo.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Sunday, 11-Jun-2006 16:11 Email | Share | | Bookmark
:: KLIMS 2006

KLIMS 2006
KLIMS 2006
KLIMS 2006
View all 36 photos...
Minggu yg memenatkan...tapi gembira. Kerana aku bercuti panjang, hampir 8 hari. Ahhhh...seronoknye....bersantai ngan keluarga sambil mengunjungi keluarga di kampung.
Segalanye bermula di KLIMS 2006.



Kesempatan yg ade, aku mulakan dengan mengunjungi KLIMS2006 di PWTC. Ini kali kedua aku ke sini semenjak KLIMS diperkenalkan. Kali pertama, rasanye pada 2 tahun lepas. Tahun lepas aku tak pegi, sebab tak berkesempatan. So kali ni aku dah rancang dgn baik utk hadir melihat ape yg KLIMS tawarkan utk tiket sebanyak RM20.



Secara keseluruhan, tak banyak benda yg nak di huhakan. Kecuali kereta proton/lotus, kereta supercar dan juga kereta toyota, lain-lain aku anggap kereta biasa aje. Bila agaknye dapat kita melihat lebih banyak kereta konsep dan kereta berteknologi tinggi dibawa ke bilik pameran. Kalau tiket RM10 aku rasa berbaloi, tapi kalau RM20 rasa agak kurengggg berbaloi. Penganjur bersusah payah mendapatkan survey melalui cabutan bertuah, di harap mereka akan paham ape yg pengunjung mahukan. Namun pastikan harga tiket nanti setimpal ngan susah payah mereka.
So beberapa shot dari kamera cap kepala ayam aku ENJOY!...

Nice shoot and editing here! Well Done! Tue 20-Jun-2006 07:50
Posted by:suecute  - [Link]
jangan sangkot dgn model cukup...hehe..nice shoot Wed 21-Jun-2006 14:41
Posted by:ROCK_ZAMAN80AN azuarnar3049@yahoo.com.my
nice shoot..well done Wed 21-Jun-2006 14:45
Posted by:ROCK_ZAMAN80AN azuarnar3049@yahoo.com.my  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Friday, 2-Jun-2006 10:55 Email | Share | | Bookmark
:: Pameran Orkid Antarabangsa Johor Bahru

mazrul.fotopages.com
mazrul.fotopages.com
mazrul.fotopages.com
View all 11 photos...
Pada 25 Mei 2006 yg lalu, aku bersama 3 kali ahli FMJC (http://fmjohor.fotopages.com/) mengadakan sessi 'menembak' orkid di Pameran Orkid Antarabangsa 2006. Cuaca yg mulanye cerah, bertukar gelap dan hujan renyai mula membasahi.

Saya mula menembak sebaik sahaja sampai. Dikawasan lapang dihadapan pentas utama, banyak ruang niaga menjual orkid yg berbagai bentuk dan berbagai harga. Pokok pangkal nye citarasa dan juga duitnye. Aku bergerak dari satu gerai ke satu gerai mencari sesuatu utk dirakamkan. Cuaca yg redup menyukar medapatkan shot yg baik.



Seterusnya saya bergerak ke kawasan pameran antarabangsa, yg mana para peserta mengubah ruang yg diberikan dgn orkid yg disediakan. Ramai pengunjung berada disini melihat hasil kreatif para peserta. Cuaca seakan mahu hujan, makin payah merakamkan gambar dgn FZ30 ku ini. Cuba jugak sedaya mungkin. Ternyata, prosumer tak mampu menandingi DLSR yg Didiz, Rozek dan Yani pakai. Tak pe lah, tembak aje lah!

Keseluruhannye, mengrakam Orkid bukan semudah yg disangka kan spt merakam gambar bunga biasa sebab orkid mempunyai banyak kuntum, jadi agak susah mendapat sudut yg menarik. Ade yg cerah sangat dan ade yg gelap keunguan turut menmbah kesukaran. Namun ia menjadi pelajaran yg berguna buat ku. Terima kasih kepada Yani, Rozek dan Didiz serta tunangnye Dedeh kerna menemani aku!

prosumer ke DSLR ke... yg penting mata ko dah best la bro mazrul.. ada stail tersendiri... lawa lawa.. Fri 16-Jun-2006 01:11
Posted by:didiz  - [Link]
NICE PIC....macro...cun arr...gune fz30 kn???aku gune tu gak...tp x dpt pun mcm bro punye...lg satu...gambar race tu...nice panning...aku x penah dpt shot panning...awexs litar tu pun nice...ehehehek Fri 16-Jun-2006 15:44
Posted by:forgottenpixx  - [Link]
Nice shot Nice angle bro! Suka yang #3 tu... Memang kreatif... Posumer pun OK juga.. yang penting KREATIVITI.. Wed 21-Jun-2006 05:19
Posted by:badangperkasa  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Tuesday, 23-May-2006 16:50 Email | Share | | Bookmark
:: Di Hujung Perjalanan...

Makin hari makin kalut dunia ini. Makin menyerabutkan...
Makin sesak, sendat, seksa dan 'sembelit'...
Makin hilang pertimbangan mahupun maruah diri...
Makin tiada ketentuan ape sebenar mereka cari, ape sebenar mereka mahukan...

Keabdian dalam kehidupan...
Kemewahan yg tiada berkurangan...
Kerakusan yg tiada bersempadan...
Kemegahan tiada tolok bandingan...

Semua hanya kerna sifat lemah insan bernama manusia. Serba kekurangan, daif, dangkal dan dungu. Tak pernah sedar kenapa kita berada di muka bumi ini. Adakah sekadar mengantikan dinasour yg pupus...bigfoot yg pupus...atau sekadar menjadi medan 'akedemi' sebelum ke dunia sebenar. Ahhhhh...teruskan lakonan mu, hingga wayang nye habis. Hingga saat yg dijanjikan datang. Tiada siapa akan memperolehi jawapan ini kecuali mereka-mereka yg beriman dan kembali kepada kitab Al-Quran. Sesungguhnye ISLAM adalah segala-galanye! Bangun lah Umat Islam mencari ketenangan abadi di sisiNya!


+ lawonye pic ngan kata² tu Fri 2-Jun-2006 09:44
Posted by:gerimisalji  - [Link]
im touched.. nak lagi mcm nih Thu 8-Jun-2006 02:50
Posted by:risya  - [Link]
ello mazrul!! nice pic... cantiklah angle. kena pakai certain camera ke?! kalau u amik gambar utk wedding boleh tak? this 2nd DECEMBER 2006 at kg pasir, jb. nanti tolong email ur package @ price k. TQ SO MUCH!!! Wed 11-Oct-2006 02:59
Posted by:shiQ artificial_x@yahoo.com
View all 30 comments Add comment


Friday, 12-May-2006 15:03 Email | Share | | Bookmark
:: Honda 4hrs Endurance Johor - 30th April 2006

Kawasan pameran
Tak kira acara besar atau kecil, jurugambar kena ade
Sempat bagi kata-kata semangat
View all 25 photos...
Lama benar aku berehat...lebih 2 minggu tak de coretan dan tampalan berwarna dlm fotopages nih. Bahan ade, tapi entah nape, tak bersemangat utk upload gambar. Mencari kedamaian...mungkin! atau sekadar...malas

Dalam sejarah aku bidang photography nih (mcm la penah amik kelas), pertama kali aku shoot gambar racing motor. Bersemangat betul utk mengayakan teknik 'panning' yg dipelajari dari buku digital camera dan juga nasihat rakan-rakan dlm community Fotopages Malaysia (FMDC). Malah sehari sebelum, siap try panning kereta lalu lalang kat depan rumah. Perhh...memang payah. Dari 20 shot, mungkin 2 atau 3 yg kira boleh pakai. Lain nye hancusss!
Jadi esoknye nasib lah. Kalau hujan lagi susah!



Esoknye jam 3 ptg, berbekal kamera FZ30, aku melangkah ke litar pasir gudang, yg memang lama aku tak masuk. Didalam sekadar ada pameran motor besar (3bijik), pertandingan 'ratu cantik' bagi motor (decor la), spare part, helmet dan juga jual rumah. Ape lah, masa racing nak jual rumah, tak kena langsung.
Anyway...terus ke grandstand, amik kamera, mula melakukan aksi panning. Tapi naik pening aku mencari setting yg sesuai. Cuaca redup nak hujan. Orang boleh kira ramai...maklumlah free kan. Tu yg buat ramai. Aku ke hujung grandstand mencari tempat terbaik. Malah hingga ke hujung pagar utk try carik aksi yg menarik. Agaknye...orang tengok aku nih mcm tak betul aje Tak pe...janji aku puas hati. Tapi jeles kerana melihat ade photog duduk tepi litar melakukan panning! Jeles amat sangat...dah tu ngan lens putih lak tu (Lens canon ngan IS)

OOOOO

Selepas hampir 2 jam, selesai dan masa penyampaian hadiah. Terlihat gadis litar yg seksi meksi tu. Kesian dan geram melihat mereka. perlukan mereka diperlakukan sebegitu hanya utk menyerikan pertandingan? Yg sedih orang melayu kita! Dulu kaum lain yg buat, kini diambil alih orng melayu pulak! Seterusnye...selepas acara penyampaian hadiah, semua perhatian ke satu sudut lain, iaitu konsert percuma. dengar banyak artis yg best-best. Namun awan hitam telah berkumpul bagi memuntahkan isi perutnye. Selepas menunggu hampir 45 minit, artis pertama, namenye ku dah lupa...tapi kalau tak silap, pemenang bintang rtm baru-baru nih, keluar utk menghiburkan Sempat aku shot sikit-sikit. Selepas 2 lagu, aku rasa, hujan pasti turun. Jadi demi kamera aku, aku beredar pulang...dengan kepala yg PENING!

makin 'seksa' nampaknya gadis2 litar ni. Kena bagi tazkirah sikit ni bro.. Sun 21-May-2006 06:21
Posted by:mknace  - [Link]
nice panning shot! Thu 25-May-2006 00:28
Posted by:itzhar  - [Link]
perrrgh.....ada juga shot yg buat sakit jantung disini eik?? Thu 1-Jun-2006 05:43
Posted by:zain  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Monday, 24-Apr-2006 16:44 Email | Share | | Bookmark
:: Masjid Abu Bakar I

Pintu masuk ke masjid selepas mengambil wuduk
Mimbar dan juga tempat memberi ceramah
Tiang menyokong di sebalah kiri
View all 12 photos...
Masjid Abu Bakar Johor Bahru Johor

Gambar yg dirakamkan di bahagian dalam Masjid yg boleh dianggap tertua di Malaysia sewaktu event bersama geng FMJC. Ini lah kali pertama saya dapat merakamkan gambar di dalam Masjid ini, walaupun telah beberapa kali sembahyang di sini. Masjid ini memang cantik dari luar dan juga dalam.


Rekabentuk yg unik baik di luar mahupun di dalam. Bagi mereka yg melancung ke Johor bahru, jika tak sembahyang di Masjid ini terasa akan kerugian nya. Ianya lambang kemegahan rakyat Johor semestinye



I love the 3rd pic... tiang menyokong tu... Thu 11-May-2006 07:59
Posted by:zain  - [Link]
pokcik memang lama tak melawat fotopages... dan pokcik memang terasa entry- entry yg semakin mantap di sini.... Fri 12-May-2006 06:42
Posted by:mypokcik  - [Link]
eh... jarang dpt shot dlm masjid nih Sat 20-May-2006 12:31
Posted by:BakaDasu  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Friday, 14-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Kasih Putih

Tak berkesempatan nak upload dan memikirkan entry baru. Jadi sebagai memenuhkan ruang kosong...terima lah kasih putih...lagu oleh Glenn!




+ kite suke bunge kaler putih.... sejuk jek tengok kan
+ entry kite arinie pon bunge putih gak

+ pstttt... sodap ke lagu glenn tu?
Thu 20-Apr-2006 10:47
Posted by:gerimisalji  - [Link]
berehat ke Thu 20-Apr-2006 16:27
Posted by::: dr. azzam ::  - [Link]
So touching la this entry! Wed 17-May-2006 06:36
Posted by:suecute  - [Link]
View all 17 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.