-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Apr-2007 16:58 Email | Share | | Bookmark
:: Akan Datang....

Next show....

Program Pungai "Get Together-Gather"



Thursday, 12-Apr-2007 16:36 Email | Share | | Bookmark
:: Bermain dgn Macro

Tamron SP 90mm
Tamron SP 90mm
Tamron SP 90mm
Dah lama aku beli Lens Tamron SP 90mm nih. Namun belum berkesempatan nak mencuba kebolehan bermacro. Dan sememangnya aku beli lens nih untuk bermain dengan macro. Cuma masa tak mengizinkan dan tiada subjek yg menarik utk mencuba.

Jadi kebetulan kepulangan aku ke Key Ell tempohari, ku gunakan mencuba lens nih di Taman Rama-Rama KL. Secara keseluruhan, ibarat kanak-kanak yg baru berlatih berjalan, ade kalanya berjaya, ade kalanya jatuh tersungkur. begitulah gambaran aku mengunakan lens ini.
Ade shot yg menarik dan ade juga ibarat sampah sahaja. Masih bertatih utk menilai kebolehan mengendalikan shot macro!



Ini sekadar percubaan. Insyallah...akan aku usahakan terbaik dari lens nih!


Monday, 9-Apr-2007 12:16 Email | Share | | Bookmark
Eye on Malaysia

IR Photogarphy
Hmmmm...nampaknya gagal lagi utk update sekerap yg mungkin.
Cuba....jangan tak cuba!

utk entry kali ini, kesempatan ke Taman Tasik Titiwangsa saya gunakan mencuba Infra Red Photogarphy. Bidang nih baru buat saya. Bukan gua kamera yg dah oprete utk shoot IR tapi sekadar mengunakan Filter Hoya R72 utk amik gambo Infrared.

Kalau nak tahu pasal InfraRed, kena lah Google.
Jadi Ini lah shoot yg boleh saya bandingkan ngan shoot biasa!
Enjoy!


Shoot ngan kamera biasa, no IR filter attach, but Polarizer filter included!


Shoot ngan IR Filter, tapi guna auto WhiteBalance. Jadi gambar ade merah sedikit!
Nih kena edit banyak.


Shoot ngan Whitebalance guna langit. gambar nampak lebih baik!


Saturday, 3-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Hitam itu menawan



Hitam & Putih...
Aku jarang memaparkan shot hitam butih / b&w.
Mungkin sebab tak reti sangat dan tak tahu nak pilih gambar yg sesuai.
Jadi gambar kat atas tu, sekadar percubaan aje.
Shot ngan kaler, tapi convert to b&w.
Cuma pakai picasa aje, tak reti nak guna PS.
Memang tak pandai nak guna photoshop...jahil betul!
Nak kena carik class main photoshop. Kalau pakai buku, pun tak paham.
So...jadik atau tidak...belasah aje.
Model...my daughter...FATIN SYAHIRAH


Thursday, 1-Mar-2007 14:56 Email | Share | | Bookmark
:: Langit Biru



Entah mengapa, aku suka sangat ngan lagu nih.
Bukan bermaksud lagu lain tak sedap.
Aku memang suka dengar lagu. Banyak jenis lagu.
Tapi lagu Mawi nih aku suka dengar kerana ia menyentuh perasaan aku.
Terutama waktu perasaan aku agak gusar.
Malah semasa aku menyiapkan DVD photo movie gambar penyerahan bantuan mangsa banjir yang lalu, aku cukup terasa bila lagu ini menjadi lagu latarbelakang gambar mangsa banjir. Jadi gambar di atas yg di ambil semasa kunjungan ke Jeti Batu ke Pulau Besar Melaka, seakan lengkap melengkapi lagu itu.
Aku terasa aman sekali...

Quote:

Lagu: Langit Biru
Penyanyi: Mawi

Deru angin yang memburu melujur laluan
Membikin dedaun hati bergetar
Beliung melanda kejam laungkan kepiluan
Naluriku biru warnanya merakam birunya jiwaku

Berdirilah di pentas itu tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu pastikan hari mendatang

Aaaa.......

Berdirilah di pentas itu tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut di cangkir cuma
Mungkin lebih hijau lamanmu di sempadan sebelah sana
Ataupun hanya ribut melanda di dalam cangkir cuma
Siapalah aku untuk meramal juga dirimu untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah jeritan
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa
Biasa.......


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net