Want your
own Fotopage?

















 
-: Mazrul Fotopages :-

By: Mazrul Hisyam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 16-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Bunga Cameron

Bunga Cameron
Bunga Cameron
Bunga Cameron
Seperkara yg menarik perhatian di Cameron ialah bunga-bunga nye... tak kira cactus atau
bunga musim sejuk. Jadi kalau tak snapping bunga kira tak sah la.



So saya taruk kan 3 keping utk disharekan. Nanti saya upload gambo cactus dan bunga lain. Enjoy it while it last!


Berwarna-warni.....
Memang menarik perhatian......
Nice shots brother.....
Sat 24-Dec-2005 02:19
Posted by:POLINI nurhishamang@yahoo.com  - [Link]
wah fresh sungguh! mmg cantik!
Mon 26-Dec-2005 18:37
Posted by:aisha  - [Link]
Mon 12-Nov-2007 03:38
Posted by:kerennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
View all 20 comments Add comment


Monday, 12-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Cuti-cuti Malaysia - CH day 1

Cameron Highland
Cameron Highland
Cameron Highland
View all 24 photos...
Pada hari AGM Fotopages Malaysia, kami sekeluarga ade Family Gathering di Cameron Highland. Event yg telah 6 bulan lebih dirancang, tak dapat nak kansel utk hadir di AGM. Sememangnya ini kali pertama ke Cameron Highland. So kami sekeluarga memang nak sangat pergi tempat yg sinonim dgn Ladang Teh dan strawberrynye!



Perjalanan melalui simpang pulai...tidak melalui tapah. Sebabnya nak merasa suasana pergi ikut simpang pulai dan balik baru ikut tapah. Very warm and nice journey. Tapi disebabkan convoy 3 kereta, tak sempat nak snapping sangat. Dipertengahan singgah digerai orang asli yg kebetulan kosong... utk makan tengahari! Nasik dgn masak lemak ayam kampung dan rendang daging menjadi habuan ringkas. Lepas tu jalan terus keatas sambil menghirup udara nyaman dan juga panorama tanah tinggi. Memang menarik...kalau boleh berhenti tentu lebih bagus! Anak mataair kelihatan dibeberapa kawasan. Mungkin sebab hujan!

Sampai di Brincang rehat sambil mengisi petrol. Simple aje kawasannye! Kesejukan sudah terasa benar, masing-masing dgn baju panas. Makanan didlm perut tadi sudah kehabisan agaknya kerna perut sudah mula membunyikan keroncong utk ana Kami bergerak kembali ke Tanah Rata mencari Banglo DBKL yg disewa. Sambil hujan renyai dan kekadang lebat memperlahankan perjalanan kami. Suhu hampir memcecah 12 darjah membuatkan kedinginan itu makin terasa...



Sampai dibanglo pukul 3ptg. Cantik banglo lama nih! Dijaga dgn baik! Setelah memunggah barang yg dibawa, kaum wanita mula memasak utk makan petang & malam. Tak de aktiviti sangat sebab masing-masing kesejukan. Amik air sembahyang pun burrr sejuk! Astro menjadi teman diruang tamu hingga senja! Lepas maghrib, menyediakan api utk buat BBQ. Payah jugak kalau tak reti nih. Lambat bara nak jadi...tapi bila dah jadi...senang aje! Kemudian ayam dan ikan yg telah dimarinade diBBQkan. Alhamdullilah...makanan yg disediakan cukup dan sedap. Masing-masing kekenyangan! Jam 12 mlm masing-masing mencari bantal kerna keletihan. Selamat malam Cameron!!!

Mazrul, saya budak baru belajar,, camne sy nak buat cam awak punya. yang gambar besar ada tulis destinasiku tu kat saya punya photopages? TQ Fri 30-Dec-2005 01:25
Posted by:zal zalbest@yahoo.com
Mazrul, saya budak baru belajar,, camne sy nak buat cam awak punya. yang gambar besar ada tulis destinasiku tu kat saya punya photopages? TQ Fri 30-Dec-2005 01:25
Posted by:zal zalbest@yahoo.com
Fuhh! Gambar bunga oren tu mmg superb....Lain macam btol belang2 dia.
Bunga apa tu?
Fri 27-Jan-2006 03:53
Posted by:Raushan naim  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Monday, 28-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Marhaban

Pasukan marhaban memulakan perjalanan
Antara rumah-rumah yg dilawati
Marhaban...marhaban
View all 16 photos...
Tak sempat nak upload gambar cameron sebab banyak sangat, so upload gambar program mahrhaban yg dijalankan olah Persatuan Penduduk Taman semasa dibulan syawal yg lalu. Walau agak lewat saya uploadkan gambar ini, namun atas dasar berkongsi, kebaikan program marhanban ditaman perumahan perlu digiatkan. Ini kerana marhaban membantu masyarakat sesuatu taman berkumpul menziarahi jiran-jiran sambil mengambil kesempatan yg ade utk memohon maaf serta berkenalan dgn lebih rapat lagi.

Program Marhaban ini masuk tahun ke2 dijalankan. Dgn bantuan Biro Agama, Program ini dijalankan selama seminggu dgn diakhiri oleh Majlis Mesra Hari Raya. Dgn konsep 'buka pintu' kehadiran Pasukan Marhaban kami diasaskan secara sukarela...tiada paksaan utk menyertainye. Diakhir bacaan marhaban, doa utk kesejahteraan tuan rumah dibaca oleh Ketua pasukan marhaban. Dan ianya diakhiri oleh ucapan oleh tuan rumah bagi memohon maaf secara terbuka kepada semua yg hadir. Ini secara tidak langsung membantu mengukuhkan ikatan ukwah sesama saudara islam dan jiran tetangga.

ooooooo

Semoga ape yg telah kami lakukan mendapat rahmat yg berkekalan! Terima kasih kepada semua tuan rumah yg telah sudi menerima kedatangan kami

ooooooo


p/s - gambar cameron akan di upload kemudian!

agree with Jeff Fri 9-Dec-2005 06:33
Posted by:zain  - [Link]
. . . aktiviti spt tu dah jarang diadakan di taman-taman . . . mmg seronok kalau dpt join camtu. Sun 11-Dec-2005 14:06
Posted by:~papa~  - [Link]
beautiful fotopages!! Sun 11-Dec-2005 16:08
Posted by:Elsa  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 26-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Night Shot

Puas sudah ke mencari
Kesana dan kemari
Mencari sinar yg dapat ku garap
View all 7 photos...
Jarang saya mencuba kebolehan night shot camera saya nih. Mungkin sebab tak de masa nak merewang malam-malam mencari subjeck yg sesuai atau oleh kerena tak punya kebolehan dlm night shot. Jadi pada malam tadi saya entah macam mana teragak nak amik night shot. Cari punya cari subjek yg sesuai, akhirnya saya memilih Masjid Jamek Pasir Gudang nih.

ooooooo

Entah kenapa malam tu memang nampak cantik masjid tu padahal memang selalu nampak masjid nih. dan bersolat jumaat kat sini. Setelah cuba mencari setting yg sesuai, dapat lah saya beberapa shot yg boleh disharekan disini. Cantik atau tak terpulang lah anda menilainya...janji saya puas hati! Shot ini diambil dari dalam kereta sahaja. Mungkin ade blur sikit...

ooooooo

just beautiful... Sun 4-Dec-2005 00:32
Posted by:korok  - [Link]
aku dulu selalu solat kat sini, lepas isyak plak melepak kat tasik sebelah tuh sambil menengok kaki pancing memancing keli afrika....... restaurant ikan kat pasir puter ada lagi ker Tue 6-Dec-2005 05:35
Posted by:KNizam  - [Link]
Brother Mazrul,

How was your trip to Cameron Highlands?????
Tue 6-Dec-2005 05:54
Posted by:polini nurhishamang@yahoo.com  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Sunday, 20-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Ambig Open House

Gambar ramai-ramai
Kami berkumpul disini
sambil menjamu selera
View all 22 photos...
Berpandukan sekeping peta serta nombor telepone...kami menghadirkan diri ke Taman Padang Temu Indah utk bertemu sahabat fotopages yg rata-ratanya tak pernah ku temui sebelum ini. Pertemuan yg berlangsung lebih kurang 2 jam lebih ini ternyata membawa satu mesej yg jelas, bahwa tiada batasan umur, watak serta latar belakang bagi sesuatu kolompok manusia yg berkongsi minat yg sama, duduk bersama menghadapi juadah disediakan tuan rumah yg bersungguh-sungguh memastikan tetamu selesa dan gembira menikamti hidangan. Derian ketawa mula kedengaran, tetamu mula berbicara dan suasana makin mesra.



Seronok berbual mengenai kamera, kehidupan semasa dan juga hal-hal berkaitan FM.Com. Kalau semua ahli kelab dapat duduk bersama dibawah satu bumbung sewaktu AGM nanti, tentu lebih dahsyat kemeriahanya. Mahu riuh rendah taman warisan itu nanti...



Sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Rumah Bro Jeff (Ambig) atas kesudian menjemput dan melayan kerenah kami berenam ini. Moga diberikan masa dan ketika, untuk kita kembali bertemu.
Iklas dari kami...Terima Kasih...

OOO



________________________________________________________________________

hehehe ramainya Thu 24-Nov-2005 14:31
Posted by:alone
Wah... Open Hse En. Ambig... tak dapat datang ada keje huhuhu.. insyallah AGM saya datang hehehe ok byeee Fri 25-Nov-2005 01:22
Posted by:dinictis lord_ishmeen@yahoo.com  - [Link]
beshnya makan mee udang tu....
sy pun tumpang happy... walaupun tak dpt pi umah bro jeff!
Sun 27-Nov-2005 05:06
Posted by:azurahakim  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Wednesday, 16-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Pancing

Anak-anak bandar di kolam
sabar itu banyak pahala
sabar menunggu umpan di ragut
View all 7 photos...
Manusia selalunye perlukan hobby tak kira ape bentuk dan caranya. Dari rock climbing...drag race...kumpul stem mahupun kumpul saman polis traffic. Yg penting semua tu buat sebab suka atau suka-suka. Kalau tak de hobby nih samada dia tak ade langsung masa lapang, atau mungkin ade masalah personaliti.

Ape pun, cuti hari raya ari tu digunakan sepenuhnya mengimbas kembali hobby lama aku...PANCING. Tapi bukan lah jenis hardcore tak balik dua tiga hari gi laut dalam atau sungai yg jauh tengah hutan rimba...tetapi jenis suka-suka tepi sawah. Sekadar ikan puyu, semilang dan haruan. Terasa kembali ke alam kanak-kanak, berbekalkan sebatang joran, secupak cacing tanah, dan baldi lusuh menyusur batas-batas sawah yg lekit dgn lumpur. Menghulur joran mencari ikan kecil buat memenuhi kepuasaan diri dan mencabar kesabaran yg ada...tak semua dapat rasa keadaan ini. Walau seminit, walau sesaat aku tetap gembira bila dapat berbuat demikian.



Namun sungai kecil itu tiada lagi, sawah yg ade kini di airi oleh taliair konkrit...yg ade hanya kolam buatan buat menebus zaman kanak-kanak ku....

what a beautiful macro shot!! Sun 20-Nov-2005 13:51
Posted by:rjunna  - [Link]
Don't think my hubby had the "kesabaran" untuk memancing.... mungkin bila dah betul2 veteran kot...
p/s - untuk entry ni, kena taruk bunga as "gambar besar"? The flower deserves its own entry, I think
Wed 23-Nov-2005 18:19
Posted by:~F&Z~  - [Link]
sesungguhnya dah lama aku tak tengok bunga ni....masa kecik2 dulu bersepah .......ada kat man sekarang yer pokok bunga nih......... Fri 9-Dec-2005 08:53
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 8-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Raya yg sempurna

Fatin dgn imran
Kunjungan ke rumah pak saudara (imam masjid)
Main bunga api
View all 13 photos...
Tahun nih raya yg sederhana...serba serbi sederhana. Lebih-lebih lagi bila kenangkan pak saudara (sebelah isteri) yg sakit. Hanya kunjungan sebagai penawar agar kemeriahan syawal ini dirasai bersama. Namun rasa puas sebab dapat berbuka dgn ibu bapa dikampung, beraya bersama adik beradik serta saudara mara. Persiapan yg ala kadar, mengikut kemampuan.



Perjalanan pegi balik pun selamat, tak le sesak sangat. Kuih muih tradisi spt dodol, wajik, lemang, tapai, kuih karas, beluluk dan juga rendang dapat makan, main mercun, main meriam buluh dan memasang pelita. Semuanya ade...seakan raya yg sempurna.

meriahnyer dia Mon 14-Nov-2005 17:50
Posted by:faiz  - [Link]
kuih beluluk, mcm mana rupanya eh? hehehe, salam lebaran Sat 19-Nov-2005 01:04
Posted by:azam  - [Link]
SALAM AIDILFITRI UTK BRO MAZRUL SEKELUARGA....

P/S:TAK SEMPURNA RAYA JIKA TIDAK BERSAMA INSAN YG KITA SAYANGI...
Sat 19-Nov-2005 05:45
Posted by:azurahakim  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Thursday, 27-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Syawal

 
Fajar syawal akan menjelang lagi. Bulan ramadhan bakal mengundur diri kembali. Dari sudut apa skali pun, kehadiran 1 Syawal harus ditemani dgn kegembiraan.

OOOOOOOOOOOOOOOOOO

Maka di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua kenalan fotopages tak kira dimana jua anda berada dengan harapan agar Syawal yg datang membawa sinar kebahagian di dunia mahupun di akhirat. Kunjung mengunjungilah sesama kita, eratkan silaturahim yg telah ada, lapangkan masa ke tanah perkuburan bagi menyedekahkan Al Fatihah buat mereka yg lebih dahulu pergi, bergembira dengan sederhana, jangan membazir kerana ade antara umat Islam menyambut Syawal hanya sehelai sepinggang atau perut yg kosong, berhati-hati dijalan raya kerana nyawa bukan utk dipertaruhkan dan fikirkan lah...mungkin kah aidilfitri ini yg terakhir buat kita...?

___________________________________________________________________


mana gambau raye ni??? dah nak masuk chrismas dah ni.. Tue 8-Nov-2005 02:13
Posted by:marcia...  - [Link]
oopsss... selamat hari raya!!! masih sakan beraya ke? Tue 8-Nov-2005 02:13
Posted by:marcia...  - [Link]
hahaahahahaaaaaaaaa selamat hari raya ...... Tue 8-Nov-2005 12:02
Posted by:korok  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Thursday, 20-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

Datin Seri Endon Mahmood
Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nya kitakan kembali.



Pulangnya Datin Seri Endon Mahmood pada pagi ini amat mengejutkan seluruh Malaysia. Sesungguhnya....kekuasaan Allah S.W.T itu tiada bandingan mahupun tiada batasan. Pabila sampai waktu dan ketika, maka tidak dilewatkan mahu seditik, kembalilah kita ke pangkuanNya. Sesungguhnya...saya berpesan pada diri saya dan pembaca, hayati setiap kematian itu dengan penuh keimanan. Kerana dengan iman kita mampu mengerti adakah kita telah bersedia secukupnya pabila di panggil utk kembali.

Ucapan Takziah buat Perdana Menteri & Keluarga...semoga tabahkan hati dan bermohon semoga Datin Seri Endon berada dikalangan mereka yg terpilih!
AMIN!

Al-Fatihah.... Tue 25-Oct-2005 15:09
Posted by:polini nurhishamang@yahoo.com  - [Link]
ai-fatihah..... Wed 26-Oct-2005 04:29
Posted by:yuddin  - [Link]
u all boleh ke laman web i utk i kongsi semua 300 keping ++ gambar di Majlis Pemkebumian Datin Seri Endon di Persint 20 Putrajaya pada 20 Okt 2005... Al-Fatihah... Sat 5-Nov-2005 08:35
Posted by:shukri sfawani@hotmail.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 17-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Jernih

 
Lama tak upload gambar, posa...semuanya posa...kamera pun posa
Lagu jernih oleh amuk nih mempunyai senikata yg menarik jadi ku abadikan bersama gambar yg tak seberapa nih...

OOOOOOOOOOOOOOOOOO

Posa dah masuk dua minggu...tak lama lagi berkumandang lah lagu raya sana sini. Dari satu sudut, memang mengembirakan sebab tak lama lagi berjaya menghabiskan posa terutama bagi bebudak. Macam membakar semangat setelah susah payah berposa, nak gembira berhari raya. Tapi dari satu sudut pula, kenapa kita gembira meninggalkan bulan ramadhan yg mulia dimana ianya sebaik-baik bulan melakukan amal ibadat (tak kan bulan ramadhan aje?). Banyak pro dan kontra bila sebut menyambut hari raya nih.

Tapi yg jelas, hati kita kena JERNIH!

Jernih fikiran bila masuk fp ni....

terima kasih kak!
Thu 20-Oct-2005 04:51
Posted by:azurahakim  - [Link]
iye ke? kat opis ni start 1st day puasa dah berkumandang lagu raya...
semoga hati kita semua jernih senantiasa...
Thu 20-Oct-2005 08:23
Posted by:marcia...  - [Link]
hmm..lagu amuk eh..apsal tak penah denga.. Fri 21-Oct-2005 23:58
Posted by:yeop  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.